Rabu, 7 Disember 2011

Inti pati pelaksanaan SBPA

semua sekarang sibuk nak kongsi benda nie...sia jugalah mari kita kihat apa yang ada

1.     pelaksanaan transformasi Perkhidmatan Awam melalui  lima (5) inisiatif iaitu Perkhidmatan Awam yang kejat (lean civil service), kepimpinan   dinamik,   modal   insan   berkualiti,   Perkhidmatan Awam yang fleksibel dan saraan yang kompetitif;

2.     pewujudan  Pelan  Induk  Saraan  Perkhidmatan  Awam  (PISA) bagi  melaksanakan  rombakan  sistem  saraan  Perkhidmatan Awam secara tersusun.

3.     pengekalan  prinsip-prinsip  saraan  yang  berkuat  kuasa  dengan penambahan empat (4) prinsip baru iaitu kadar upah untuk kerja mengikut  Kumpulan  Perkhidmatan,  kadar  upah  untuk  individu berdasarkan  bakat,  keupayaan  dan  pengalaman,  kadar  upah untuk  kerja  bagi  individu  (subject  matter  expert)  serta  kadar upah tambahan untuk kerja mengikut prestasi;

4.     pembentukan hierarki Perkhidmatan Awam yang terdiri daripada empat   (4)   peringkat   iaitu   Kumpulan   Premier,   Kumpulan Pengurusan  Tertinggi,  Kumpulan  Pengurusan  dan  Profesional,
serta   Kumpulan   Pelaksana   yang   menggantikan   Kumpulan 2


5.     peruntukan   gaji   secara   single   point   tanpa   Kenaikan   Gaji Tahunan  kepada  Kumpulan  Premier  dan  konsep  Jadual  Gaji Minimum-Maksimum  kepada  Kumpulan  Pengurusan  Tertinggi dengan  Kenaikan  Gaji  Tahunan  diberi  mengikut  pencapaian prestasi;

6.     peruntukan   Jadual   Gaji   Sebaris   kepada   pegawai   dalam Kumpulan   Pengurusan   dan   Profesional,   serta   Kumpulan Pelaksana;

7.     pelaksanaan   enam   (6)   strategi   untuk   merealisasi   inisiatif Perkhidmatan Awam yang kejat iaitu kawalan saiz Perkhidmatan Awam  (right-sizing),  kajian  pertindihan  fungsi  antara  agensi (duplication),      penjajaran      fungsi      utama      perkhidmatan (realignment),    perkhidmatan     yang     boleh     diserah     urus (outsourcing),  perekayasaan  proses  kerja  (business  process reengineering)    dan    kajian  semakan    skim    perkhidmatan (revision);

8.     penambahbaikan    laluan    kerjaya    Pegawai    Perkhidmatan Pendidikan  melalui  pelaksanaan  konsep  Guru  Wibawa  dan Pendeta    Guru    dengan    memberi    fokus    kepada    Laluan Pengajaran dan Pembelajaran (LPDP);

9.     penambahbaikan  laluan  kerjaya  pegawai  dan  anggota  dalam Senarai  Tugas  Am  ATM berdasarkan  subject  matter  expert dalam  bidang-bidang  kritikal  dengan  diberi  kenaikan  gred  gaji
tanpa bersandarkan kepada pangkat;

10.   pemberian  peningkatan  gred  gaji  yang  setara  dengan  gred kenaikan  pangkat  tanpa  dinaikkan  pangkat  ke  jawatan  kosong kepada pegawai yang diiktiraf sebagai subject matter expert;

11.   pengenalan  Program  Bersepadu  Pembangunan  Kompetensi (PROSPEK)   yang   mengandungi   dua   (2)   komponen   iaitu Penilaian   Kompetensi   dan   Potensi   (PKP),   dan   Program Pembangunan     Kompetensi     dan     Potensi     (BKP)     bagi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan;



12.   perluasan  pemberian  kemudahan  Cuti  Belajar  Bergaji  Penuh kepada     pegawai     dalam    Kumpulan     Pelaksana     bagi  membolehkan  pegawai  mengikuti  latihan  kemahiran  di  bawah
program SkillsMalaysia;

13.   pengekalan  prinsip-prinsip  pemberian  elaun  sedia  ada  dan penambatan  kadar  bagi  empat  (4)  elaun  yang  pada  ketika  ini kadarnya  ditentukan  berdasarkan  gaji  iaitu  Bayaran  Insentif Perkhidmatan   Kritikal,   Bayaran   Insentif   Subjek   Pendidikan, Bayaran Insentif Wilayah dan Bayaran Insentif Pedalaman;

14.   pengekalan  prinsip-prinsip  pemberian  kemudahan  sedia  ada dengan   penambahbaikan   melalui   Program   Keseimbangan Kehidupan  dan  Kerjaya  yang  memperkenalkan  pelaksanaan dasar bekerja dari rumah;

15.   pemansuhan dasar pelepasan dengan izin yang diganti dengan dasar  pelepasan  jawatan  bagi  mempertingkat  mobiliti  pegawai dalam perkhidmatan;

16.   pelaksanaan  Dasar  Pemisah  (Exit  Policy)  kepada  penjawat awam yang berprestasi rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan perkhidmatan;

17.   penyelarasan   pencen   kepada   pesara   Perkhidmatan   Awam secara  peratusan  berasaskan  kajian  berkala  kos  sara  hidup berkuat kuasa mulai 1 Januari 2013;

18.   peningkatan  umur  persaraan  wajib  dari  58  tahun  ke  60  tahun bertujuan  mengekalkan  pegawai  mahir  di  dalam  perkhidmatan; dan

19.   pengekalan  pegawai  yang  menolak  SBPA  di  bawah  sistem saraannya,  skim  perkhidmatan  dan  syarat  perkhidmatan  sedia ada (SSM)



Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Putrajaya
7 Disember 2011
sumber dari : http://www.facebook.com/abubakar.kppa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan