Isnin, 4 Oktober 2010

baulu ros mekar




 resepi aq ambil dari myresepi dr kak fida.....bah berkali-kali buat....ramai rakan yg dah buat tempahan dibawah nie aq bg resepi ya......just copy nak paste from myresepi....minta izin ya kak fida

Bahan-bahan ( +- 40 biji acuan lompang )

  • 200 g gula halus
  • 300 g tepung gandum
  • 3 sb susu tepung
  • 1 sk baking powder
  • 1 sk ovallete
  • 220 ml susu segar strawberry/plain
  • 2 biji telur - A
  • sedikit esen ros
  • 1 sk pewarna merah

Cara-cara

  1. Satukan kesemua bahan2 kecuali pewarna merah dan pukul hingga sebati dan pekat.
  2. Ambil 1/4 bahagian adunan dan warnakan merah.
  3. Bubuh adunan plain kedalam acuan yg beralas cawan kertas dan bubuh sedikit adunan merah di atasnya.
  4. Kukus selama 10-15 min atau hingga mekar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan