Selasa, 28 Disember 2010

hari jadi umie...........

27.12.2010 genaplah umie berumur 8 tahun rasanya seperti semalam aq melalui saat mengandung, bersalin dan memdodoikannya...
kemarin dia semakin meningkat dewasa........
sekarang aq melalui frasa baru dalam menjalin kehidupan nie.....






besar dah perawan ku nie kan.......semoga menjadi kebanggaan ibu dan abah

Sabtu, 30 Oktober 2010

pesakit psoriasis


JIWA tertekan, malu, rasa rendah diri dan jemu untuk mendapatkan rawatan adalah gejala biasa yang dialami pesakit psoriasis. Ketika penyakit menyerang, kalau boleh kebanyakannya mahu duduk berkurung dalam rumah supaya tidak menjadi tumpuan masyarakat yang tidak faham keperitan dan tekanan dirasai.

Bila penyakit menyerang, kulit pesakit menjadi berbintik atau bertompok merah, membengkak dan kulit pada bahagian berkenaan menebal dan keras. Ada kalanya tompokan sel ini berubah menjadi hitam akibat kehadiran melanin.

Dalam masa beberapa hari, kulit yang tebal itu menjadi tua dan apabila sel mati, ia tertanggal sendiri sebagai kepingan putih berkilat. Bahagian kulit yang tebal ini juga terasa gatal dan panas seolah-olah terbakar.
Ada juga yang merekah dan berdarah apabila bahagian ini diregangkan, terutama jika ia menyerang kulit pada sendi seperti lutut, siku dan tangan. Psoriasis adalah penyakit kulit bersisik yang disebabkan kecelaruan sistem imun badan.

Ia juga dipanggil penyakit kulit poliferatif atau ketumbuhan benigna dan kronik yang bermaksud ‘gatal’ dalam bahasa Yunani.

Ketidaknormalan fungsi sel darah putih (sel limfosit T) mencetuskan keradangan dan gerak balas imun pada kulit. Bagi kulit normal, proses penggantian kulit berlaku secara perlahan-lahan dan mengambil masa 28 hingga 30 hari sebelum sel mati ini tanggal daripada badan.

Dalam kes psoriasis, kecelaruan sistem imun badan ini menghantar isyarat untuk mempercepatkan proses kitaran kulit kepada tiga hingga enam hari saja. Ini menyebabkan kulit sel kulit membahagi dengan cepat (secara berlebihan atau dipanggil poliferasi).

Sel kulit ini bertindih antara satu sama lain sehingga menyebabkan terbentuknya timbunan sel dan ia kelihatan seperti sisik dan tompokan keradangan tebal pada kulit. Tompokan sel ini tidak mendapat cukup bekalan darah dan ia mati dalam masa beberapa hari saja.

Apabila sel ini mati dan kering, ia menggelupas menjadi kepingan putih berkilat. Biasanya kepingan kulit kering ini tanggal sendiri, tetapi jika dipaksa (dikopek), ia menyebabkan luka.

Psoriasis boleh berlaku di mana-mana saja termasuk di kulit kepala, kemaluan, punggung, kaki atau belakang badan. Walaupun ia tidak menjangkiti orang lain, keadaan pesakit dan cebisan kulit yang tertanggal membuatkan ramai berasa tidak senang untuk duduk bersama mereka.
Menurut Pensyarah Pusat Pengajian Biosains dan Boteknologi, Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Azimahtol Hawariah Lope Pihie, psoriasis boleh dibahagikan kepada tujuh jenis tetapi empat jenis paling biasa ialah vularis, postularis, plak dan pustular. Semua jenis psoriasis ini dikelaskan mengikut bentuk dan sifat fizikalnya.

Psoriasis adalah penyakit keturunan, wujud dalam genetik tetapi ia boleh dirangsang beberapa faktor lain seperti tekanan emosi, kecederaan kulit, jangkitan, tindak balas badan terhadap ubat tertentu, cuaca dan alahan terhadap makanan.

Dianggarkan 10 hingga 15 peratus pesakit mula mengalami masalah kulit sebelum berumur 10 tahun dan tahap serangan psoriasis ditentukan berdasarkan keadaan fizikal dan keluasan kulit yang mengalami keradangan.

Serangan psoriasis ringan jika hanya membabitkan kurang daripada dua peratus kulit, sederhana (tiga hingga 10 peratus) dan teruk jika lebih 10 peratus kulit mempunyai tompok merah. Malah, pesakit boleh menentukan keadaan penyakit dengan mengukur menggunakan tapak tangan. Satu tapak tangan dikira sebagai satu peratus.

Banyak kaedah boleh digunakan untuk merawat psoriasis antaranya kortikosteroid, vitamin D3, retinoid, antralin, tar arang, psoralen, methotrexate dan terapi sinar UVA. Bagaimanapun, sehingga kini belum ada ubat dapat menyembuhkan penyakit ini.
“Paling penting, jangan berputus asa. Allah menjanjikan setiap penyakit ada ubatnya. Usah disebabkan penyakit kita hilang keyakinan diri. Kadangkala kita perlu menggabungkan beberapa kaedah rawatan sebelum penyakit dapat dikawal dan disembuhkan,” katanya.

Isnin, 4 Oktober 2010

baulu ros mekar




 resepi aq ambil dari myresepi dr kak fida.....bah berkali-kali buat....ramai rakan yg dah buat tempahan dibawah nie aq bg resepi ya......just copy nak paste from myresepi....minta izin ya kak fida

Bahan-bahan ( +- 40 biji acuan lompang )

  • 200 g gula halus
  • 300 g tepung gandum
  • 3 sb susu tepung
  • 1 sk baking powder
  • 1 sk ovallete
  • 220 ml susu segar strawberry/plain
  • 2 biji telur - A
  • sedikit esen ros
  • 1 sk pewarna merah

Cara-cara

  1. Satukan kesemua bahan2 kecuali pewarna merah dan pukul hingga sebati dan pekat.
  2. Ambil 1/4 bahagian adunan dan warnakan merah.
  3. Bubuh adunan plain kedalam acuan yg beralas cawan kertas dan bubuh sedikit adunan merah di atasnya.
  4. Kukus selama 10-15 min atau hingga mekar.
 biskut cip coklat
biskut nie aq buat masa nak balik kg hari tu.....

Ahad, 3 Oktober 2010





waduh lamanya aq x update blog nie..........ksibukan tugas harian sorylah ya...........
ini n3 moist coklat resepi d beri oleh rakan sejawat...senang n simple nak buat.......
ini resepinya....
 bahan-bahan
1 cawan tepung
1cawan serbuk coklat*
1 cawan telur
1 cawan susu cair*
1 cawan susu manis*
1 cawan gula *
1 cawan minyak @ butter cair*
1 sudu teh baking power
1 sudu teh bikarbonat

cara memasak

  1. semua bahan * dimasak atas api, biarkan sejuk.
  2. didihkan air dalam periuk kukusan n sediahkan loyang  yang d gris dgn mentega
  3. pukul telur hingga kembang masukkan tepung n bahan yg dah d masak tadi kacau hingga sebati...
  4. masukkan bancuhan dalam loyang n kukus hingga masak menggunakkan api yang besar...lebih kurang dalam 40 minit 2 hingga kek masak...
simple kan try lah.................

Ahad, 19 September 2010

hari raya

selamat hari raya daku ucapkan pada semua....raya tahun nie banyak perubahan yang berlaku dalam jadualku....
walauapapun selamat hari raya ku ucapkan kepada semua yang mengenaliku....selamat hari raya buat suami yang tersayang...terima kasih atas segalanya.....

Rabu, 21 Julai 2010


fisrt kek sy belajar menggunakan teknik steambutter cream....
ini kek pertama sy yg berhias. selama ini semua kek yg sy buat mkn mcm tu jak.....hehhe

Selasa, 20 Julai 2010

bermula di sini...

salam.....
seandainya takdir menemukan kita....pasti kita akan bertemu.
di mana pun terjadi kenapa perlu di persoalkan.....
takdir yang tertulis atau kita y sering keliru dgn kemahuan sendiri...